index // older // notes // tag // sign



01.03.2002 Thurs nite/Fri morn @ 12:06 a.m.
*I WANT CHOCOLATE ICE BLENDED WITH BUBBLES!!*

What?! It's officially Friday? Already?? Mak ai...so fast? Siao.

. . .

Aku ingat aku nak jadi recluse kejap, "hilangkan" diri dari journal aku nie selama beberapa hari. Bukan apa, kadang-kadang tu aku malas nak tulis sebab tak ada benda yang nak dituliskan. Kadang-kadang aku memang nak tulis, tapi bila aku sampai rumah je, ilham tu hilang gitu saja. Macam mana aku nak jadi penulis nie?

Raf-woman ada jugak tulis pasal nulis-penulis nie. Aku rasa, aku tak akan jadi penulis, sama ada yang berkaliber ataupun yang berkurap. Hahaha...kalau tak, agaknya kaki aku yang berkurap sebab aku asik garuk aje... =p ...nie kes kena gigit nyamuk lar nie...

Eh, tapi bila aku fikirkan, memang lar betul. Sebab tujuan aku nulis kat sini pun semata-mata nakkan free publicity...wahahahahah! Okay lar, aku ada kulit yang tebal macam gajah. Kau tembak aku dengan senapang gajah pun, peluru tu nanti tak tembus. Dia bounce back macam bola getah lagi ada agaknya. =p Ye lar, nulisan aku pun bukannya terrer sangat sampai nak dapat A* pun. Setakat cukup makan aje agaknya. Nasib nasib...dulu time karangan pun aku main hembus aje...hur hur hur...

Aku tak akan jadi seorang penulis terkenal macam kau. Aku tak akan jadi seorang yang puitis macam Masuri S.N. Aku tak akan jadi seorang pencinta seni yang masyhur macam M. Nasir. Aku tak akan jadi seorang yang berwibawa macam Muhammad S.A.W. Aku tak akan jadi semua tu sebab aku adalah aku.

Yang rabun, yang hantu, yang kartun...itulah aku. Yang garang, yang macam harimau betina, yang pendiam...itulah aku. Yang lucu, yang sotong, yang bengang...ya, itu semua aku!

Memang aku dah hilang minat dalam bidang sajak-menyajak nie. Tapi walau seberapa karat sekalipun, aku tetap nak acksyen-acksyen, kononnya "menggilap bakat yang kian pudar"...hardy har har...what a load of crap I just sprouted.

I'm not making much sense really. In any case, I learnt this art from Nora. Fantastic guru she is. Hail the guru!~

. . .

Aku ngigau ler...!



. . .

back // forth
Diaryland // Email?