index // older // notes // tag // sign



15.02.2004 Sunday morning @ 12:42 a.m.
*Keramaian Valentine aku*

Hari Sabtu aku biasa-biasa je. (Pada aku biasa, pada kau mungkin tak romantik ke hape lar. Tapi apa aku kisah?)

Pagi-pagi lagi aku dah bangun, jumpa Mak Angkat Ajaib. Kita tengok pelbagai pokok dan tanaman kat taman Pasir Ris. Cantik-cantik betul bunga kat sana. Ada kaler ungu, kuning, merah, jingga..dah jadi macam pelangi pulak. Pokok pun ada banyak jenis tau. Ada satu pokok nie, buah dia boleh dimakan. Nama pokok nie aku akan ingat sampai bila-bila. Fistula cassia. Buah dia panjang (macam kacang panjang), tapi kaler dia kat luar coklat kehitam-hitaman. Isi dia ada dua macam; pada satu masa dia kuning, pada satu masa lagi dia hitam. Kalau dah bab hitam, kau boleh makan tau. Rasa dia manis, macam longan. :p Tapi bukan benda tu je aku sental, aku dapat minum air kelapa lagi. Kelapa tua, tapi okaylah. Kalau air tu sejuk, lagi best. (Kalau ada sudu aku dah korek dah degan dia.)

Orang-orang yang ikut jalan pun best-best. Dorang ada banyak pengalaman dan dorang tak lokek berkongsi pengetahuan. Walaupun aku nie bukan hantu pokok, aku rasa perjalanan alam tu sungguh memuaskan. Kudos pada mereka!

Dah jalan sampai terik matahari, kita pun beredar. Aku ikut makcik tu pergi beli buku pulak. Dah sampai Tampines, apa lagi..kita pergi ngap ler. Dah lepas ngap, aku kenyang pulak (sampai sekarang, dan kau tengok, dah pukul berapa nie??). Alhamdulillah. Tunaikan kewajipan dan zoom, kita teroka Kebun Rempah pulak. Aku betul-betul jadi gila kat situ, sampai hampir setiap daun pada setiap tanaman tu aku hidu. Oh ya, aku bawak balik limau nipis. Hahaha! Besar giler, kau tau tak?? :p Besar macam bola golf. Keras dia pun macam bola golf. Hahaha!

Hari yang baik. Pada aku. :)



. . .

back // forth
Diaryland // Email?