index // older // notes // tag // sign



13.02.2002 Wednesday night @ 11:27 p.m.
*Fikiran*

Aku rasa aku nak jadi sami buddha. Kalau tak sami pun, rahib pun jadilah. Boleh tahan jugak cita-cita aku yang dah merepek nie.

...

Sekarang aku rasa letih. Aku baru balik dari rumah makcik aku yang nak pergi menunaikan haji tu. Aku sampai sana pukul 3, aku sampai rumah pukul 10. Dah tujuh jam aku melepak kat sana. Makan, minum, tengok cerita The Mummy Returns, ogle-ogle kat The Rock dan Chef Hensem(walaupun chef nie setakat dalam kepala otak aku aje), main-main dengan sepupu-sepupu aku, bersihkan muntah si maknenek tu...apa lagi? Aku pun dah lupa. Cuci pinggan mangkuk, tonyeh-tonyeh kuih nie semua...tak usah dikiralah. Itu dah biasa dibuat.

Aku cuma bingung sekejap bila ramai orang yang datang bab nak dekat Maghrib. Sebab setahu aku, hari nie dikhususkan untuk keluarga yang terdekat aje. Kira macam family gathering lar nie. Jadi bila aku ajukan soalan bodoh aku kepada Cik Su dan Cik Tipah, dia orang cakap dah tentu ramai orang mula datang menunjukkan batang hidung masing-masing sebab hari untuk berangkat dah nak dekat. Paling dekat nak berangkat, paling ramailah dayonye. Ye tak?

Aku diam aje tanda setuju.

...

Rasa kesal ada, rasa kecewa pun ada. Tapi salah aku jugak. Yelah, kalau aku tak besar-besarkan perkara tu, tak mungkin meletup macam Gunung Pinatubo ye tak? Hmm...kalau nak difikirkan, betul lah apa yang dah diluahkan. Walaupun kita mengaku kita itu ini sekalipun, pokoknya, kita tak akan lari dari hipokrisi. (Betul ke ejaan aku tu? Kalau salah tolong betulkan, terima kasih.) Memanglah...otak aku ada marah kat aku. Dia cakap, aku sengaja carik nahas, sebab nak heboh-hebohkan satu perkara yang nampak sah aku dah pernah buat dulu. (Eh...kau tau tak yang otak kita nie sebenarnya ada nyawa dia yang tersendiri? Kadang-kadang ada "perang" antara otak dan perasaan. Sebab itulah ada ungkapan-ungkapan seperti "follow your heart, not your mind" atau "mind over matter" atau ungkapan-ungkapan lain yang sewaktu dengannya.) Sebelum aku nak besar-besarkan pun, otak aku dah kasi warning. Dia cakap jugak, buat apa aku nak buat tu semua. Kan lebih baik aku diam-diam, happy-happy...habis cerita. Tapi lain pulak perasaan aku tu. Perasaan aku tegah. Dia cakap aku ada hak nak ikut emosi aku. Dia kasi aku green light nak kata banyak-banyak. Aku apa lagi, aku terus matikan otak aku, aku cakap ikut suka hati. Yelah, sekali-sekala, nak carik pasal. :p Tak ke kerja gila tu?

...

Aku nie nampak sah dah gila. Hai...dalam layman's terms, mungkin aku menghidap penyakit schizoprenia. Entahlah, kadang-kadang banyak personaliti yang timbul sampai aku risau. Ahaks...aku belum pergi check-up tau. Dah lama aku tak pergi check-up. Aku cuma pergi doktor sebab sakit, bukan pasal check-up. Doktor tu pun tak kuasa nak check aku banyak-banyak. Hai..buang duit aku aje. :p

Sepupu aku sendiri cakap aku nie macam banyak sangat personaliti. Aku nie betul-betul dah gila ke?

Baru lepas jadi Gunung Pinatubo, aku dok diam-diam terfikir sejenak. Aku pun dah rancang satu benda. Cuma aku takut apa yang perasaan dan otak aku akan cakap. Hmm...tapi kalau aku bilang pun, macam tak guna. Sebab mungkin aku dah jadi public enemy number 1 sekarang nie.

Aku dah meleleh.

. . .

back // forth
Diaryland // Email?