index // older // notes // tag // sign



02.03.2002 Fri nite/Sat morn @ 2:17 a.m.
*Favourite word of the day : Mampos!*

Aku teringat pulak masa semalam nak balik sekolah. Sesungguhnya aku memang dah diciptakan sebegini.

* * *

Minggu nie aku rasa sungguh letih. Lethargic betul. Tapi sempat jugak merayap pada hari-hari Isnin, Selasa dan Khamis. Hiak hiak hiak...inilah yang dikatakan cikgu rock pemalas nombor satu. Kat sekolah mata kadang-kadang kuyu, kononnya tak cukup tidur, mark buku dan kertas kerja. Lepas sekolah terus jadi hantu rayap, pergi gallivanting around places. Kononnya nak makanlah, nak cari serkop-lah, selendang-lah, nak bayar bill-lah, nak itulah, nak inilah. Hiak hiak hiak...diam-diam ubi berisi. =p

Semalam sebenarnya aku pergi makan dengan kuncu-kuncu yang sewaktu dengannya. Mula-mula janji 2 orang. Lama-kelamaan terserempaklah, menelefonlah, terus tup-tup dah jadi 5 ekor budak hitam...eh salah. Yang hitam tu akulah sebab muka pun dah macam badut sarkis, corang-coreng macam kena arang. =p Tapi kira bagus jugak dapat makan ramai-ramai. Cuma adalah satu orang tu, dia betul-betul buat spoil sebab dia sanggup meng-wasting-kan makanan yang sesungguhnya telah dikurniakan oleh Tuhan untuk santapan dinner kita. *evil grin* No hard feelings. Ayam tu pun sedap...cuma lemony sikit. Itupun aku sental jugak sebab pada aku, lendih ke, kahak ke, yang penting, HALAL!

Ahaks.

Aku nie kalau dah bercengkerama tak reti ikut order. Mana-mana cerita aku main soot aje. Yang masa nak balik sekolah-lah tu, aku tengah jalan keluar menuju gate 2 (tempat kereta-kereta selalu masuk). Setengah jalan ada bekas anak murid aku tengah duduk relek-relekkan punggung dia. Aku lambai kat dia, dia pun lambai balik lah. Dah lambai-melambai, dia menyapa pulak. Dah tu sempat pulak dia selitkan lawak.

Anak murid : Bye Miss Suhaila. See? I'm taller than you!

Aku yang ketot : Ya lar ya lar!

Mana aku tak fed-up?

* * *

Tadi sepatutnya aku keluar tengok wayang. Cerita Kate and Leopold ataupun From Hell. Aku lebih suka tengok yang nombor dua tu, sebab ada unsur-unsur thriller dan horror. Entahlah, agaknya aku memang obsessed dengan horror/thriller/darah kot? Hur hur hur...nasib, nasib. Norrah dan Sannah offer jugak nak tengok wayang sama-sama, sebab si Sannah tu drive. Tapi memandangkan Gracy dan aku kena buat Sports Board tu, maka tak kesampaianlah cita-cita dia orang tu. Alah, aku pun tak sebulu sangat dengan Sannah sampaikan nak naik kereta dia. Mungkin lain kali lah, tapi kita naik bas aje! =p

Kau tak nak tengok Sports Board aku dengan Gracy tu? =p



. . .

back // forth
Diaryland // Email?