index // older // notes // tag // sign



06.03.2002 Wednesday night @ 9:01 p.m.
*Minggu Kepenatan*

Aku memang pelik. Kadang-kadang aku tulis dalam bahasa ibunda, tapi tarikh aku masih berlandaskan bahasa kolonial. Entah lar, aku susah semacam nak tulis benda tu dalam bahasa Melayu. Bukan apa, aku dah biasa sangat hari-hari tulis day dan date dalam bahasa Inggeris kat papan putih tu.

+o+o+o+

Aku sungguh letih. Minggu nie dah termasuk dua hari aku tak tidur lambat (mulai hari Isnin). Sebabnya? Aku stoinked. Betul-betul stoinked. Hari Isnin jangan cakaplah. Kalau biasanya aku boleh sempat jalan mundar-mandir di mana-mana lepas jam 5.30 petang, tapi minggu nie aku tinggalkan sekolah pada jam 6 dan sampai di rumah jam 6.30 petang. Dan lepas perkara-perkara yang wajib dikerjakan, aku lepak-lepak atas tilam baca BigO sementara menunggu azan Isyak. Tup-tup tengah seronok baca tentang Dino Vomit et al, aku terlentok pulak. Hai...bila aku tengok jam, alamak, dah pukul 9.40! Apa lagi, aku terus bangun solat Isyak. Nasib tak terkentut, sebab aku baring atas punggung. =p

+o+o+o+

Semalam pulak aku miss lagi cerita favourite aku tu. Bukan apa, aku kroyok sangat nak tengok Spike si rambut peroxide tu lar. Hai...apa dah jadi agaknya? Aku mesti tanya Maria, sebab aku rasa dia mesti tengok punya. Kalau lah aku tak tertidur semalam, dah tentu aku dapat tengok! Kau tau apa jadi? Aku sampai rumah punyalah siang, jam 4.30 dah sampai. Dah tu dah makan dah gedebak gedebuk relek-relek atas kerusi, aku pun sambil-sambil lah tengok teevee. Cerita apa lagi, cerita kartun lah. Hiak hiak hiak. Aku kan muka kartun. Umur dah besar panjang pun masih tengok kartun. Aku tengok The Wild Thornberries, macam best gitu duduk dalam hutan. Nak jadi beruang, jadi monyet, jadi harimau pun boleh. Hiak hiak hiak. Aku berceloteh.

Untuk menyambungkan keadaan, sebenarnya aku masuk bilik nak rehatkan badan kejap. Tapi biasalah, kalau badan dah jumpa dengan tilam, akibatnya lentoklah ia. (Ada tokoh jadi pembuat peribahasa tak? Hur hur hur...) Dan aku pun terlentok sampai jam 12 malam. Astarghfirullahal'azim...tak solat! =/

Jam 12 lak si setan-setan gondol tu dah ketawakan aku sebab tewas nak control iman. Aku pun terlentok sampai keesokan paginya. Na'zubillahiminzallik...aku dosa, dosa, DOSA! Warghhhhhhhhhhhhhhhhh!

+o+o+o+

Aku taknak buat benda tu lagi. Aku taknak. Aku taknak. Tapi untuk meredakan situasi yang macam almari nak jatuh nie, aku nak ceritakan serba sedikit mengenai perkara-perkara yang dah berlaku akhir-akhir nie dan juga tadi.

Alkisah...ah, tayyib. Alkisah, maka tersebutlah kisah...tayyib. Sang Hamba datang seorang diri menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuhan Semesta Alam...amin.

Aku rasa tak usah aku cerita panjang-panjang, sebab dah terlalu banyak hoo-hah dan ramai orang yang dah tahu. Sepupu aku sendiri tahu tentang perkara tragik yang dah berlaku jadi buat apa aku nak meleretkannya?

Lagi satu, tadi aku sempat telefon rakan-rakan seangkatan dahulu tentang keputusan-keputusan masing-masing, dan alhamdulillah, dia orang lulus cemerlang. Aku sungguh gembira untuk dia orang tu, sebab sekurang-kurangnya dia orang sanggup gadai tenaga dan masa belajar. Aku tak sanggup. =p Cuma satu saja orang nie yang aku tak dapat capai. Salah satu rakan dah telefon dia nak dekat 3 kali agaknya, tapi tak dijawab panggilan tu. Aku tak taulah apa yang sebenarnya terjadi, cuma aku boleh doakan semoga dia berjaya, Insya Allah.

+o+o+o+

Ears plugged to : Superheroes of BMX by Mogwai

Ears itching to plug to : Godspeed You Black Emperor!



. . .

back // forth
Diaryland // Email?