index // older // notes // tag // sign



28.10.2005 Friday morning @ 10:30 a.m.
*Projek*

Di manakah letaknya silap?

Minggu depan ada dua perayaan - Deepavali, yang jatuh pada 1 November, dan Aidilfitri, yang jatuh 2 hari kemudian. Sempena kedua-dua perayaan tersebut, orang-orang yang merupakan penganut Hindu dan Islam terpaksa merancang suatu program untuk memeriahkan lagi suasana. Alkisah, tercetuslah "Projek Deepa-Raya".

Terdapat dua kumpulan untuk projek ini. Pertama, kumpulan dekor, iaitu orang-orang yang bertanggungjawab menghiaskan persekitaran agar kelihatan cantik dan berseri. Kedua pula, kumpulan rancangan, iaitu orang-orang yang terbabit dalam menjayakan drama di atas pentas.

Hampir semua orang yang disifatkan sebagai "muda, riang dan popular" telah di"chop" untuk menjadi ahli kumpulan rancangan. Bakinya secara automatik, menjadi ahli kumpulan dekor.

Termasuk saya.

Saya tidak mengendahkan sangat untuk berlakon kerana saya lebih gemar bekerja di belakang tabir. Namun begitu, seorang ahli kumpulan rancangan (yang akan saya beri nama N) telah bertemu saya dan melahirkan hasrat untuk menjadikan saya antara pelakon pentas. Dia juga berjanji akan memaklumkan perubahan tersebut kepada ketua "Projek Deepa-Raya", yang lanjutnya akan memberitahu kepada ahli-ahli projek yang lain.

Saya rasa sampai sekarang N belum pun memaklumkan kepada ketua kerana malam semalam, seorang ahli kumpulan dekor telah menelefon ke rumah saya, semata-mata untuk membilang mengenai penghiasan yang perlu saya lakukan. Memandangkan saya tidak cerewet, saya bersetuju, agar tidak terjadi apa-apa perkara di luar keinginan (misalnya, salah faham dan sebagainya).

Saya sudah menjadi ahli kepada kedua-dua kumpulan! *tepuk tepuk sorak sorak*

Di manakah letaknya silap?

. . .

back // forth
Diaryland // Email?