index // older // notes // tag // sign



27.01.2006 Friday night @ 11:48 p.m.
*Have a good read!*

Seorang kawan sekerja (aku namakan dia BB, ringkas untuk Betina Buncit) di sekolah telah menganjurkan sebuah keramaian tidak formal selepas kerja, khas untuk meraikan Tahun Baru dia yang akan datang. Si BB itu sudah terlebih dahulu memesan makanan dari seorang kakak kantin dan kemudian menjemput kawan-kawan sekerja yang lain agar menghadiri keramaian tersebut. Sesiapa yang ingin hadir, dipersilakan membuat bayaran sepuluh ketul seorang.

Seramai 15 orang membuat bayaran, jadi jumlah wang yang harus dibayar kepada kakak kantin ialah 150 ketul. Ya atau tidak? (Ya! Betul!)

Namun begitu, aku dapat tahu bahawa kakak kantin hanya mendapat lapan ketul bagi setiap orang. (Kau kiralah berapa jumlahnya ya.) Makanan yang disediakannya pula tidak mencukupi, walaupun dia memasak dua kali ganda. Sebabnya? Beberapa orang dengan sesuka hati mengambil makanan dengan seberapa banyak yang mereka mahu TANPA menghiraukan orang lain yang sudah membuat bayaran tetapi belum tiba lagi. Ada juga yang membawa anak-anak sampai empat ekor tetapi tidak membuat bayaran yang setimpal dengan setiap kepala anaknya. Hurhurhur.

Sesudah makan, kebanyakan dari mereka mengangkat kaki dengan pantas sekali, walaupun melihat meja yang berkecah dan lantai yang penuh dengan sampah sarap. (Nama saja guru tapi otak di bontot. Pengotor nak mampos, macam babi kurap. Hmmpphh!) Si BB itu pula sibuk hendak mengisi kotak plastik kosong dengan bekas makanan yang tidak terhabis. Cuma seorang cik puan pencen, Iskandar, kakak kantin dan saya yang sibuk mengemas sana sini. Cik puan pencen tersebut pula merupakan guru pencen yang sedang mengambil alih tugas seorang guru yang cuti selepas bersalin. Lihatlah betapa baiknya hati dia! Tidak seperti BB yang memang betul macam babi kurap habis!

Orang cher-cher memang begitu. Tidak semua, tapi kebanyakannya. Saya bukan berniat untuk merosakkan nama bangsa tersebut, memandangkan saya sendiri mempunyai kawan-kawan sekerja rapat yang berbangsa cher-cher. Saya hanya meluahkan rasa tidak puas hati saya mengenai mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab yang berada di keramaian tadi.

Hmmpphh!

. . .

back // forth
Diaryland // Email?