index // older // notes // tag // sign



20.02.2006 Monday morning @ 6:48 p.m.
*Blergh!*

Hari ini tak bermula dengan baik. Banyak cobaan yang mengganggu tapi tak mengapa, aku cekal saja. Oleh kerana aku nak meluahkan rasa kurang senang aku terhadap beberapa individu (okaylah, aku bohong; sebenarnya satu je) yang betul-betul menaikkan darah aku, terpaksalah aku menaip dalam bahasa ibunda aku yang sudah koyak-moyak.

Penyakit aku datang lagi tadi pagi. Aku langsung tak sedarkan diri selama beberapa jam hingga terlepas mesyuarat dengan rakan sekerja. Macam *toot* betul! Makbapak aku mendakwa bahawa mereka telah cuba sedaya upaya untuk mengejutkan aku, tetapi aku tetap "stoned", macam orang yang ketagih dengan dadah. Sungguh dasyat! Kepala aku juga rasa pening-pening nak melenting. Tapi aku cekalkan hati. Kerja tetap kerja. Lagipun, tinggal lagi 2 minggu hingga akhir penggal.

Aku sungguh tak sabar! (Walaupun terpaksa menghadirkan diri untuk sebuah kursus pada hari kedua dan ketiga cuti sekolah, lantas membuat aku frust giler babi, aku tetap cool. Hiakhiakhiak.)

Budak-budak hari ini boleh tahan. Mereka mendengar dan mematuhi isyarat, walaupun terdapat beberapa orang anak murid yang memang nak kena cekik. Menyirap betul darah aku hari ini! Silap-silap, PANG! melintas di atas pipi nereka yang cute-cute itu. Dan itu hanya budak-budak darjah aku.

Budak-budak dari darjah satu yang diajar sukan dan senaman olehku, pula naik lemak lima tan. Habis masa yang disediakan untuk bermain! Masing-masing nampak sugul setelah terlepas peluang untuk bersuka-ria. Semua hanya duduk menunggu loceng sekolah, tanda akhir waktu. Kemudian, aku berpindah ke darjahku sendiri.

Si Betina Buncit itu pula kurang ajar nak mampos. Entah mengapa, kelas aku yang kedua akhir dilepaskan pergi. Apa salah mereka?? Padahal pada umumnya, budak-budak darjah dua yang dibenarkan pulang dahulu, dan kelas aku adalah kelas pertama untuk melangkah pergi. Apakah yang sudah dilakukan oleh budak-budakku hingga mereka terpaksa menunggu macam tugul?? Kalau nak dikira turun lambat, tidak, sebab mereka antara yang turun bersama kelas-kelas lain. Kalau nak dikira bising, pun tidak, sebab mereka duduk diam-diam dan sabar menanti giliran pergi. Jadi, apa salah mereka sebenarnya???

Aku hanya dapat menafsirkan bahawa mungkin mereka berdiri kurang lurus. Mungkin senget sedikit. Adapun begitu, mereka tidaklah begitu senget. Mereka masih duduk di garisan yang telah ditetapkan. Aku mengesyaki bahawa si Betina Buncit (juga akan dinamakan Betina Kurap dari hari ini) itu dengki kepada aku, hingga tidak mahu melepaskan kelas yang aku ketuai. Macam *toot* punya perempuan! Tidakkah kau nampak wajah-wajah mereka, yang tidak tahu salah dan silap mereka sehingga dilepaskan kedua akhir??

Kau macam s*al lah perempuan.

Okay, dah puas hati aku. Hmmmpphh!

. . .

back // forth
Diaryland // Email?