index // older // notes // tag // sign



24.07.2007 Tuesday evening @ 5:13 p.m.
*BLEACH-ed*

Perut saya rasa sakit. Dan saya asyik buang angin saja. Adakah awak mempunyai pemikiran yang sama dengan saya?

Oh, dan semalam saya menjenguk-jenguk pasar malam berdekatan dengan kediaman saya. Awak mungkin tak akan percaya tetapi saya terjumpa sekeping DVD animasi kegemaran saya! Saya terus meluahkan suatu pekikan kecil dan hampir terlompat-lompat di situ, tetapi memandangkan saya masih siuman, saya tidaklah berbuat demikian.

Saya sungguh gembira dan teruja! Saya sudah menatap wajah Kurosaki Ichigo tetapi saya sedang menantikan kehadiran-kehadiran Ishida Uryuu, Hitsugaya Toushiro dan Ayasegawa Yumichika. Yumi (nama singkatan manja yang saya berikan untuknya) adalah watak kegemaran saya yang terbaru dan saya sangat sukakannya. Sehinggakan saya sanggup menamakan watak Sims saya khas sempena namanya! :p

Saya masih siuman tau!

. . .

back // forth
Diaryland // Email?