index // older // notes // tag // sign



17.02.2002 Sat nite/Sun morn @ 3:10 a.m.
*Air mengalir sampai kering..*

Aku rasa sungguh pelik. Perasaan mana boleh datang macam gitu saja. Mesti ada benda-benda yang membuatkan perasaan tu datang bergolek. Ia tak akan datang naturally.

Okaylah, biar aku bercengkerama sikit.

...

Aku kan hantu malam. Tiap-tiap malam by hook or by crook, Insya Allah, aku akan berada di 'halaman' alam maya aku. Jarang aku berada di #melayu dan channel-channel yang sewaktu dengannye. (Haha..dah overused sangat lar frasa nie!) Tapi tadi aku sesaja masuk dan scroll-scroll nick. Biasalah kan? Jadi lepas satu minit gitu (aku memang expert dalam kira-mengira nie) scrolling-mengscrolling, aku pun beredar serta meninggalkan parting message iaitu...er, aku lupa. =p Okay tak kisah.

Ada pulak satu orang nie, dia nak berbual dengan aku. Aku dah datang boring, aku layankan aje. Mula-mula bual normal lar gitu...cakap benda-benda yang dah biasa diperbualkan. Dah tu dia mintak gambar pulak. Aku kalau nak bertukar gambar, aku okay. Ada orang tak okay, tapi pada aku, lantaklah. Kalau dia nak buat benda tak baik dengan gambar tu, dosa tu dia yang tanggung, bukan aku. Jadi ceritanya begini, budak nie dia dah lar start berbual unsteady sikit. Biasalah, budak miang kan, nak kenal-kenal lar nie semua. Aku apa lagi, aku hantam habis-habis. Sarcasm is always free-flowing, thank you. *smile* Ahaks...

Dah tu, dia bual macam lain sikit. Dia ada tanya aku nie, "u ever terfikir tak kalau 1 hari u dapat matair lebih muda?"

Aku dah lar blur. Sotong rabak. Clueless pun ada. Dia tanya macam tu, aku tak tau nak jawab apa. Tapi kalau nak ikutkan pengalaman, memang lar ada terfikir jugak macam tu. Yelah, kalau Tan Kheng Hua dan Lim Yu-Beng atau Nabi Muhammad S.A.W dan Khadijah R.A boleh kekal, kenapa kita tak boleh kan? Aku bilang yang jujur ajelah.

Lama-kelamaan, aku dapat tau dia tu adik Najib. Wahahahaha...! Punyalah terperanjat budak tu agaknya. *grin* Dia tu baik sangat, beri aku nama penuh dia. Dah tu dia sekarang sekolah kat sekolah lama sepupu aku (tapi dia sebaya dengan sepupu aku tu) dan tinggal di daerah yang sama. Aku apa lagi, ikut gut feeling lar. My gut feelings are mostly right. Har har..well..sigh....

Budak nie dah jadi kes nombor dua. Dia tu aku agak, tengah dalam "phase". Alar...biasa lar...one of those things that you call crushes? Ah yes. Dia sendiri ngaku dia ada crush kat aku lar kononnya. Bukan lar niat aku nak menghambat "phase" dia tu, tapi aku cuma bersikap realistik. Sesetengah orang mungkin mengatakan aku pesimis atau sebaliknya atau apa-apa saja, tapi aku rasa lebih baik aku mengatakan yang sebenar daripada aku beri harapan yang palsu. Dah tu tadi, budak tu kata aku buat dia "patah hati". That's according to his own words ah, I quote. Hm, dah bual peh bual peh bualnya pasal, kita tukar-tukar aje nombor rumah. Aku reluctant, tapi aku ada terfikir jugak, sebab selama aku pernah beri nombor aku pada beberapa orang yang select-select aje, dia orang pun bukannya telefon rumah. Gentar agaknya. Jadi, aku rasa lar kan, kalau aku beri nombor aku sekalipun, budak nie kemungkinan besar tak akan menelefon. End of story.

...

Aku pun heran. Apa sebenarnya niat dia (budak kes nombor satu) nie? Dia sendiri yang cakap, oh jangan tunggu blah blah blah...dah tu body language dengan signals dia tu sungguh mengelirukan. Aku tak paham lar. Bukanlah aku nak harapkan apa-apa, tapi bila dah keliru macam tu, aku pun turut keliru jugak. Memang aku taknak fikirkan, tapi kalau dah tiap malam dia ada kat situ, dia menyapa aku, dia bual macam gitu, macam mana aku tak fikir? Sedangkan aku ada banyak lagi benda lain yang aku nak dan harus fikirkan. Cis!

Aku dah agak, lelaki, atau kebanyakan lelaki, sungguh liar mata mereka. Kata-kata mungkin manis, tapi mata akan tetap berkeliaran. Perempuan pun ada yang macam gitu, dan aku rasa aku boleh bagi misalan kalau kau nak. Cuma sekarang, aku nak fokus kat lelaki aje. Budak kes nombor satu tu dah menjadi satu kes misalan. Aku adalah terkejut sikit bab yang dia bilang aku tu. Entah kenapa dia bilang aku pun, aku tak tau. Tapi kenapa datang balik? Dan kenapa memberi body language dan signals yang sungguh mengelirukan?

Aku pelik.



. . .

back // forth
Diaryland // Email?