index // older // notes // tag // sign



20.07.2005 Wednesday evening @ 7:04 p.m.
*Macam kentot*

Ada satu jenis makbapak yang aku betul-betul malas nak layan. Kau tau tak jenis yang macam mana? Aha! Mereka yang jenis suka nak heboh-hebohkan benda yang sememangnya kecik. Suka sangat nak membesar maha besarkan benda setotet yang pada dasarnya chicken mcnugget je.

Kisahnya begini. Tadi siang bila aku baru masuk kelas, ada seorang bapak budak yang muka dia garang nak mampos. Okaylah, sebenarnya aku pun ada sikit cuak, tapi aku acksyen je berani. Kalau aku tunjuk yang aku nie boleh dibuli, nanti bukan budak-budak aku je yang aku buli...dengan aku-aku sekali kena buli. Tak balik modal.

Jadi si bapak nie pulak bilang kat aku, anak perempuan dia ada bagi nombor handphone dia (kepunyaan si bapak) pada seorang budak lelaki dalam kelas. Kononnya, budak lelaki tu dah hantar message tak senonoh pada anak dia menerusi nombor telefon yang anak dia sendiri dah bagi. (Macam bodoh kan?) Kau nak tau message dia apa?

"I love Celime!"

Nama budak perempuan tu pun tak dieja dengan betul, jadi memanglah aku syak...jangan-jangan budak lelaki berkenaan yang dah hantar pesanan tu. Si bapak budak perempuan tu pulak mati-mati nak cakap dengan makbapak budak lelaki. Knon-konon nak settle lah gitu.

Soalnya sekarang, aku tak pasti kalau memang budak lelaki tu yang dah anu kat si budak perempuan. Aku soal sama si lelaki; dia cakap budak perempuan tu yang main bagi nombor. Dan dia jugak mengaku yang dia tak tau nak hantar pesanan ringkas. Si budak perempuan pulak cakap si lelaki yang main mintak nombor. Heran, kalau dah sendiri takde telefon bimbit..yang pergi gatal bagi tu apsal? Dahlah tu, dia bagi nombor telefon bimbit BAPAK dia. Hmmmph.

Bila aku kemukakan sama Tuan Besar aku, dia cakap, "Kau bilang kat makbapak budak perempuan tu, kau dah counsel sama si budak lelaki, dan tak usah nak jumpakan makbapak masing-masing. Kalau makbapak si perempuan nak telefon nombor misteri yang dah digunakan untuk menghantar pesanan ringkas tu, itu dorangnya pasal." Kau tengok ah...ada Tuan Besar pun, perangai gitu macam. Aku apa lagi, okay ah..aku dah try selidih pe..

Tapi apa leh buat...hai...kita tengoklah macam mana perkembangannya besok ye? Daaaaa.

. . .

back // forth
Diaryland // Email?